Nama Pensyarah : Puan Wahidah Binti Mat Said
Nama Kumpulan:
- Siti Zurailie Binti Zulkifli (02DLS18F1047)
- Nurul Syuhada Binti Othman (02DLS18F1104)
- Izzah Nazira Binti Tumiran (02DLS18F1051)
- Nur Nashwa Eliani Binti Basri (02DLS18F1066)
Objektif :
- memahami defini Al Syura
- memahami ciri-ciri Al Syura
- memahami prinsip pengurusan dalam islam
- membincangkan peranan Al Syura
- mengetahui kepentingan Al Syura
Pendahuluan :
- Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W pengganti baginda dikenali sebagai khalifah
- Terdapat 4 orang khalifah yang dikenali sebagai Khalifah Al Rasyidin .
- Khalifah ini dilantik dari satu majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura
- Majlis ini wujud dari zaman Rasulullah dan diamalkan oleh khalifah yang menggantikan tempat Rasulullah .
- Maksud SYURA ialah seseorang yang tidak membuat keputusannya dengan menyendiri dan memerlukan sumbangan fikiran orang lain.
- Contoh : MUSYAWARAH dalam suatu urusan dapat membuka banyak pintu kesenangan dan berkesempatan untuk mengambil kira pemikiran orang lain dari individu yang berbeza.
- Satu- satu keputusan yang diperoleh adalah keputusan yang menyeluruh dari semua aspek .
Definisi Al Syura :
- Menurut Pandangan Sarjana Islam
- Al Syura adalah satu konsep dalam menetukan sesuatu keputusan dalam pemerintahaTn Islam. Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik Islam, dan atas asas ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak akan cacatnya pelaksanaan dalam mana-mana zaman. Sesungguhnya pemerintah aakan bersama-sama rakyat dalam mencari penyelesaian dalam mencapai keputusan-keputusan politik dan merupakan prinsip dasar negara dan masyarakat muslim.
- Perkataan SYURA berasal dari perkataan ARAB yang bermaksud Mesyuarat .
- Maksud dalam istilah ialah pemusyuaratan antara orang ramai untuk membuat satu keputusan .
- Terdapat beberapa dalil daripada Al Quran
- Seperti :Surah Ali Imran (ayat:159)
"kerana itu maafkanlah mereka,mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadanya."
Ciri-Ciri Al Syura :
- Sebagai tempat rujukan untuk melakukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah . Seperti : Hukum HUDUD
- Sebagai kuasa eksekutif pada zaman Khalifah AL Rasyidin .
- Untuk memilih calon Khalifah seperti Khalifah Uthman Bin Affan
- Berkuasa untuk melucutkan jawatan para khalifah yang tidak melaksanakan tugas
- Dapat memberi nasihat kepada pihak perundangan.
Jumlah Ahli Syura
- Jumlah ahli Syura dalam majlis musyawarah tidak semestinya melebihi satu dewan .
- Al Syura dapat dibuat oleh paling kurang antara dua orang ahli sahaja.
- Keputusan yang dibuat oleh perbincangan tersebut akan dianggap sebagai keputusan majlis Al Syura.
Syarat yang telah ditetapkan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib
- Seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh
- Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak bersubahat dengan orang yang zalim untuk melakukan kejahatan
- Seorang yang bertaqwa dan adil
- Seorang yang berilmu untuk melakukan sesuatu kerja dan membuat sesuatu keputusan
Kepentingannya :
- Kesalahan yang dibuat dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah dipersetujui secara ramai.
- Syura juga akan meningkatkan komitmen pekerja yang baik kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama-sama.
Allah SWT telah berfirman :
- "Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan nya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan), dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (Qs Asy Syura:38)
Kepentingan Majlis Al Syura
- Al Syura merupakan salah satu element yang penting bagi mengambil segala keputusan yang paling penting dalam sesebuah organisasi.
- Jika keputusan diambil-kira haruslah sentiasa berjalan dengan baik, maka organisasi tersebut akan mempunyai keseragaman dan kesepaduan yang tinggi terhadap segala masalah yang akan datang bagi menamatkan organisasi tersebut.
- Al Syura juga telah disyariatkan oleh Allah s.w.t untuk membuat semua keputusan di semua peringkat sama ada organisasi , keluarga dan sebagainya.
- Sekiranya , tanpa Al Syura ianya akan mendatangkan tanda kezaliman akan berlaku
Khalifah Umar Al-Khattab berkata :
"Tidak ada kebaikan pada urusan yang diputuskan tanpa syura"
- Amalan Syura menjadikan semua keputusan yang dibuat menjadi logik dan lebih baik . Keputusan akan dibuat mengikut pandangan ramai lebih efisien .
- Syura akan menguatkan lagi keputusan yang dibuat hasil daripada pandangan orang ramai
- Syura dapat mengelakkan segala kekeliruan
Kesimpulan :
Pada pandangan saya dan rakan-rakan , amalan syura amat penting untuk semua masyarakat terutama umat islam kerana amalan syura memberi kebaikan untuk kita dan individu yang lain . Mereka dapat membentangkan tentang idea atau cadangan yang mereka sedang fikirkan dalam melakukan sesuatu perbincangan . Manakala untuk diri sendiri kita tidak rasa terbeban untuk membuat sesuatu keputusan kerana kita dapat menyakan banyak idea dari orang lain. Oleh itu , kita sebagai umat islam hendaklah mengamalkan amalan syura ini untuk meringankan beban sesame sendiri . Kita boleh menerapkan amalan ini dalam sesuatu perbincangan atau dalam menegakkan sesuatu keputusan .
Lampiran :
Lampiran :



Rujukan :
Tajuk Buku: Pengajian Islam Edisi Kedua
Nama Pengarang: 1. Dr Roziah Sidik @ Mat Sidek
2. Zulkarnain Mohamed
3. Nasruddin Yunos
Tajuk Buku: Pengurusan Dalam Islam
Nama Pengarang: 1. Asmahan Mokhtar
2. Nurshaniza Mohamad Isa
- http://buihbuihsicinta.blogspot.com/2017/08/sifat-sifat-dan-kepentingan-syura.html?m=1
- http://diaritinta1b.blogspot.com/?m=1